Wednesday, April 6, 2011

FIVE ROUNDS ONLY

Satu hari five rounds di Taman Tasik Raub bagiku tidaklah memudaratkan atau meletihkan, cukuplah sebagai senaman harian daripada dok 'terbungkang' tidur dalam bilik sepanjang hari, dan daripada membuncitkan lagi perut yang sudah buncit tu. Sekurang-kurangnya dapat gak bakar lemak2 yang tidak diperlukan dalam badan kite, badan sihat otak pun cerdas. Alangkah bagusnye jika dapat memanfaatkan mase yang ade dengan pekara yang berfaedah. Maksudku sebenarnye adalah dengan berjogging. Jogging merupakan bentuk berlari perlahan atau berjalan pada kelajuan yang lambat atau santai. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kecergasan dengan mengurangkan beban tubuh berbanding berlari laju.
TAMAN TASIK RAUB
TASIK
Definisi jogging jika dibandingkan dengan berlari laju adalah tidak sama kate seorang doktor nilah. Dr George Sheehan, seorang ahli berjalan, telah mengatakan "perbezaan antara berjogging dan berlari adalah sebuah entri kosong". Seorang lagi pakar, Mike Antoniades menawarkan definisi yang lebih spesifik, menggambarkan jogging sebagai berjalan lebih lambat dari 6 mph (. 10 minit pada batu kelajuan, 9.7 km / h, 6.2 min / km). ''Semestinye tidak same!'' kate aku lah(same pendapat dengan pakar2 seluruh dunie). 

Jogging juga selalu diamalkan sebagai warm up or cool down bagi pelari, sebelum mengikuti latihan atau perlumbaan. Hal ini sering digunakan oleh pelari professional atau athletes sebagai pemulihan aktif selama latihan interval. Jadi berjogging bukan sesuatu yang susah untuk dilaksanekan. Banyak manfaat yang diperolehi jika diamalkan selalu. Kalau tidak mampu setiap hari, setiap minggu jadilah. Sekurang-kurangnye tiga kali seminggu. So, marilah sama-sam kite menjana masyarakat yang sihat fizikal, mental dan juga rohani. Sekian.

LARI-LARI



Monday, April 4, 2011

MERAH TANDA BERHENTI!!

Jiroy:Pelik2.Laju-laju nak poi mano?Ape lah yang nak dikejarnye?Macam dunie nak kiamat lak dibuatnye.Maybe ade jin kejar kot.Tengok,bukan diri sondiri je yang tanggung risiko malah,orang lain turut terkena tempias same ni ha.Ish3,ini lah masyarakat kite zaman sekarang.

Syahmi:Ape yang kau merungut seorang diri tu bro?Dari tadi aku tengok ko bace surat khabar tu sambil geleng-geleng kepale.Kau sihat ke tak?Macam orang tak botoi den tengok.Ade ape-ape berite yang menarik ke?

Jiroy:Ni ha.Ade accident langgar lari.Mangsenye pelajar sekolah rendah.Dah la langgar traffic light satu kesalahan,ni lari lak apabila dah langgar orang.Entahlah tak tahu nak cakap ape dah.Pelajar ni parah di kaki.

Syahmi:Aftaghfirullah.Teruk jugak tu.Ape punye manusie lah.Dah tahu langgar,main tinggal je budak tu kat situ.Kalau aku jumpe orang macam tu memang aku 'baham' dah.


MOTOR TERLIBAT DALAM KEMALANGAN
Manusie zaman sekarang hanya mempunyai sikap pentingkan diri sendiri.Mereka tidak mengambil peduli masalah orang lain,apatah lagi hendak membuat sedikit kebaikan.Kemalangan kerap berlaku terutama melibatkan pelajar sekolah.

PASTIKAN ADA LESEN!!
Antara punce utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.Dah takde lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.Ini lah punce berlaku kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan.

Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya. 
KEMALANGAN KERETA
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain.Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain. 

SENYUM KAMBING
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.Haha tibe2 ayat skema.Sekian.

Saturday, April 2, 2011

APE? KURSUS BI?

"Ape? Kursus BI?"..Itulah ape yang bermain-main dalam kotak fikiranku apabila ayahku menyuruhku join kursus tersebut.Dah la 2 bulan,mane tak terkejotnye.Baru je abis SPM dah kene belajar balek.Lame gak la aku memerah otak untuk membuat keputusan muktamad.Ceh!.Akhirnye setelah ku berbincang and bertukar pendapat sesame sister and brotherku,akhirnye aku memilih untuk join jela kursus tu.Tidak akan ku pergi keseorangan jikalau tiada temanku ikut serta.Haha.Maka ku ajak la kengkawan ku pergi and akhirnye seramai 6(Fadli,Tengku,Wanzulhelmi,Hanis,Afiq,Izzudin) membe yang join sekaki.Selepas itu,kami sume pegi lah jumpe Cik Zulhilmi untuk mendengar sedikit taklimat.''Di IIC(International Islamic College) ade...''...''Oo ade swimming pool,oo ade main golf,oo tempat yang best''.Macam2 lah kami dengar.Sumenye menarik belake.Sampai sane...

PPD
INTERNATIONAL ISLAMIC COLLEGE
2-3 hari tiba lah masa untuk berangkat pergi ke..(kursus tu)..Sampai di PPD(Pejabat Pelajarn Daerah) kerane anjuran PPD ni.Then,sampai 2 bijik kereta yang kami tidak tahu siapa mereke itu.Keluarlah 2 budak perempuan(Liyana & Wani) dan seorang budak lelaki(Azrul) dari kerete yang berlainan.Sampai lah pulak 2 pakcik(Encik Ghazali dan driver) yang diutus IIC untuk menjempot kami ke sane.Sedikit taklimat diberikan.Maka,the journey was begin menaiki van IIC.Sampai di IIC kami pun mendaftar,tibe2 terserempak dengan senior kami iaitu Ahza(SMK Tengku Kudin).Kami pun berborak la.Sesudah daftar kami dibawa ke KKBL(Kolej Kediaman Bukit Lela) merupakan beberapa unit banglo yang besar.Sampai je kat situ terus pegi wat payment untuk sewa hostel.Owner(Encik Megat) menggelar dirinya 'papa'.Kami mendengar taklimat,bla3..(bosan)..Kami dibawa ke bilik berasingan.Afiq,Izzudin,Wanzulhelmi,Tengku,Hanis..Aku sebilik dengan Fadli..
HOSTEL BUKIT LELA(3 IN 1 PROGRAM)


First time masuk bilik tu dah nampak aura kegelapan yang mengatakan tempat tu tak best.Ape pon xde.Ceh!Indah kabar dari rupe.Harapkan swimming pool,kolah nak mandi pon xde,apetah lagi shower.Then, aku dengan Pali pun pergi lah berkenalan dengan
roommates kitorang.Izzul,Muhaimin,Aiman,Taqi,wan diaorang la yang menjadi teman sebilik kitorang selame 2 bulan ni.Bilik lagi satu kitorang berkenalan lak dengan Nazreen(Sam),Kamarul,Azrul.Terlalu banyak suka dan duka bersama mereka semua yang tidak dapat digambarkan dengan kata2,hoho.Ada yang tido HBKL,jalan kaki pergi ke KLCC,ada yang beli Schecter beli Boots,naik turun Bukit Lela,join competition dekat Sport Planet,Shah Alam.Ada yang tengok wayang,banyak lagi tempat yang kami semua singgah,Berjaya Times Square,Plaza Low Yat,dan MID VALLEY.
MENUNGGU KOMUTER

DI TIMES SQUARE


BERJAYA TIMES SQUARE
PLAZA LOW YAT


MID VALLEY
Setelah 2 bulan berlalu...Setelah kami semua menjalani kursus...Tiba lah kepada kemuncak program.The last day we present acting,drama,public speaking and other else.That day kami semue kire dah graduate lah.Dapat certificate sekali.Setelah selesai semua itu kami berangkat pulang ke hostel untuk berjumpa buat kali terakhir dengan semua membe kat situ.Berat rasenye hati nak meninggalkan Bukit Lela,padahal  dulu mati2 taknak pergi.Sekarang taknak balik lak..Haha,klaka je.Sekarang kami sudah balik ke rumah,oh rumahku syurgaku.Kami semua tidak mungkin melupakan kenangan2 yang dapat dikumpul di sane.Walaupun xnampak dimate persahabatan kami akan kekal selamanya.P/S:Maaf tak dapat nak cerite panjang2 coz terlalu banyak nak diceritakan.Kalau nak cerite A-Z memang tak abez2.Sekian.
PARTI PERPISAHAN

FUTSAL DI SPORT PLANET,SHAH ALAM
DI HOSTEL BUKIT LELA
SENYOM=)