Jiroy:Pelik2.Laju-laju nak poi mano?Ape lah yang nak dikejarnye?Macam dunie nak kiamat lak dibuatnye.Maybe ade jin kejar kot.Tengok,bukan diri sondiri je yang tanggung risiko malah,orang lain turut terkena tempias same ni ha.Ish3,ini lah masyarakat kite zaman sekarang.
Syahmi:Ape yang kau merungut seorang diri tu bro?Dari tadi aku tengok ko bace surat khabar tu sambil geleng-geleng kepale.Kau sihat ke tak?Macam orang tak botoi den tengok.Ade ape-ape berite yang menarik ke?
Jiroy:Ni ha.Ade accident langgar lari.Mangsenye pelajar sekolah rendah.Dah la langgar traffic light satu kesalahan,ni lari lak apabila dah langgar orang.Entahlah tak tahu nak cakap ape dah.Pelajar ni parah di kaki.
Syahmi:Aftaghfirullah.Teruk jugak tu.Ape punye manusie lah.Dah tahu langgar,main tinggal je budak tu kat situ.Kalau aku jumpe orang macam tu memang aku 'baham' dah.
![]() |
MOTOR TERLIBAT DALAM KEMALANGAN |
Manusie zaman sekarang hanya mempunyai sikap pentingkan diri sendiri.Mereka tidak mengambil peduli masalah orang lain,apatah lagi hendak membuat sedikit kebaikan.Kemalangan kerap berlaku terutama melibatkan pelajar sekolah.
PASTIKAN ADA LESEN!! |
Antara punce utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu.Dah takde lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.Ini lah punce berlaku kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan.
Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
![]() |
KEMALANGAN KERETA |
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain.Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
SENYUM KAMBING |
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.Haha tibe2 ayat skema.Sekian.
No comments:
Post a Comment